Lampiran Jawapan Soalan Pemahaman


0 comments:

Lampiran Makna Perkataan


0 comments:

Sambungan Tajuk Lembaran Kerja




0 comments:

Lembaran Kerja




0 comments:

Rancangan Pengajaran Harian:- Bahasa Melayu Tahun 4


Tarikh : 13 Februari 2013
Masa : 0730-0830 pagi ( 60 Minit )
Kelas  : Tahun 4
Bilangan Murid        : 11 Orang
Tema  : Sekolahku Berjasa
Tajuk  : Perhimpunan Mingguan
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
5.1       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
           dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 ( ii)      Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.
Fokus Sampingan :
1.2       Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1(iii) Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.
8.1       Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal,dan ayat majmuk.
Aras 1 ( i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang
             diberikan.
Objektif :
Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat :
1)    Menyatakan lima maksud perkataan dengan betul dan tepat berdasarkan teks yang diberikan oleh guru.
2)    Menjawab tiga soalan dengan betul berdasarkan teks yang diberikan oleh guru.
3)    Membina sekurangnya tiga ayat dengan betul berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : kata Kerja
Kosa Kata    : Memilih,Kesempatan, Amanah,Melaksanakan,Peraturan, Semangat.
Pengisian Kurikulum :
1)    Ilmu : pendidikan Moral,Muzik
2)    Nilai Murni : Hormat-menghormati,Hemah Tinggi,Kesopanan.

Kemahiran Bernilai Tambah :
·         Kemahiran berfikir : Menjana idea, Menghubungkait
·         Kemahiran Belajar Cara Belajar.
·         Kecerdasan Pelbagai : Muzik,Linguistik,Interpersonal,Intrapersonal
·         Pembelajaran Kontekstual.
Bahan Bantu Mengajar:
1)    Rakaman Lagu Negaraku
2)    Lembaran Teks
3)    Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia ada :
Murid –murid menghadiri perhimpunan mingguan yang sering diadakan pada pagi Rabu.

Langkah dan Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 Minit )
1)Rakaman audio “Lagu Negaraku”

2)Lirik lagu Negaraku
(Lampiran 1)
1)Guru memperdengarkan rakaman lagu ‘Negaraku’.

2)Guru bertanya kepada murid secara rawak mengenai nyanyian lagu Negaraku tersebut

3)Soalan guru :
a)Lagu apakah yang telah kamu nyanyikan sebentar tadi?
b)Di manakah kamu selalu menyanyikan lagu Negaraku?

c)Bilakah perhimpunan mingguan sekolah selalu diadakan?

d)Siapakah yang sering berucap dalam perhimpunan mingguan?

4)Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

5)Guru dan murid bersama mengaitkan perbincangan tersebut dengan tajuk pelajaran yang diajar.


BBM:
1)Rakaman lagu Negaraku

2)Lirik Lagu Negaraku

Kaedah :
1)Soal jawab

Teknik:
1)Teknik perbincangan

Kecerdasan pelbagai:
1)Interpersonal
Intrapersonal

Kemahiran Berfikir:
1)Menghubungkait
Langkah 1
(20 Minit)
1)Petikan Teks “Perhimpunan Mingguan”
(Lampiran 2)

2)Makna Perkataan.
(Lampiran 3)
1)Guru mengedarkan lembaran teks mengenai tajuk”Perhimpunan Mingguan kepada murid-murid.

2)Murid-murid diminta untuk membaca petikan teks tersebut secara senyap terlebih dahulu.

3)Guru meminta murid-
murid untuk membaca petikan tersebut dengan intonasi dan sebutan yang betul.

4)murid dibimbing oleh guru untuk membaca teks tersebut dengan intonasi dan sebutan yang betul.

5)murid diminta untuk memberikan maksud yang tepat berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.

6) Guru dan murid-murid bersama-sama membincangkan maksud perkataan tersebut.

BBM:
1)Lembaran teks

2)Lembaran makna perkataan

KBT:
1)Kemahiran Belajar Cara Belajar

2)Pembelajaran kontekstual

3)Kecerdasan pelbagai:
Interpersonal,intrapersonal

4)kemahiran berfikir:
Menjana idea,menghubungkait

Teknik:
1)Perbincangan
2)Sumbangsaran

Nilai:
Hormat-menghormati,hemah tinggi,kesopanan.


Langkah 2
(15 Minit )
Petikan Teks “Perhimpunan Mingguan”
(Lampiran 2)

Jawapan Soalan:
(Lampiran 4)
1)Guru mengemukakan soalan kepada murid secara rawak berdasarkan petikan teks”Perhimpunan Mingguan”

2)Soalan guru:
a) Bilakah perhimpunan itu diadakan?
b)Apakah tanggungjawab seorang ketua kelas?
c)Apakah harapan guru besar di akhir ucapannya
d)Pada pendapat kamu,apakah sikap yang harus ada pada seseorang ketua kelas?
BBM:
1)Lembaran teks

KBT:
1)Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal,Intrapersonal

2)Kemahiran Berfikir:
Menjana idea,menghubungkait

3)Kemahiran Belajar Cara Belajar

4)Pembelajaran Kontekstual

Kaedah:
Latih tubi dan Soal jawab

Teknik:
Perbincangan dan Sumbang saran

Nilai:Hormat-menghormati.Hemah tinggi,kesopanan.
Langkah 3
(15 Minit)
1.Kata Kerja:

a)Mengucapkan
b)Mengambil
c)Melaksanakan
d)Mengadukan
e)Menghormati
f)Mendapat
g)Memastikan
h)Berharap

2)Lembaran Kerja
(Lampiran 5 )
1)Guru memberi penerangan tentang kata kerja.

2)Murid diminta untuk mengecam dan menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan teks.

3)Guru membimbing murid untuk mencari jawapan yang betul.

4)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

5)Murid diminta untuk melengkapkan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai,

6)Murid-murid diminta untuk membina ayat dengan menggunakan kata kerja yang telah disenaraikan tadi.
Guru dan murid membuat perbincangan bersama dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah dalam lembaran kerja yang telah diedarkan tadi.

BBM:
1)Lembaran kerja

Pendekatan:
Deduktif

KBT:
1)Kemahiran Belajar Cara Belajar

2)Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal dan intrapersonal

3)Kemahiran Berfikir:
Menjana idea

Teknik:
1)Perbincangan
2)Sumbang Saran

Nilai:
Hormat-menghormati,Hemah Tinggi ,Kesopanan.



Penutup

(5 Minit )




1)Guru membimbing murid membuat rumusan mengenai isi pelajaran dan mengaitkan nilai-nilai murni berdasarkan pengajaran tersebut.









0 comments:

Perhimpunan Mingguan


0 comments:

Lagu Negaraku


Kredit kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah
Negaraku
Negaraku…..
Tanah tumpahnya darahku….
Rakyat hidup bersatu dan maju……
Rahmat bahagia…
Tuhan kurniakan…..
Raja kita selamat bertahta….
Rahmat bahagia…
Tuhan kurniakan…
Raja kita selamat bertahta…

0 comments: