Jangan Bersedih..Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia....


Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiann...



ALLAH  TIDAK MEMBEBANKAN PADA
SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN 
BATAS KESANGGUPANNYA.

Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah 
 akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah -mudahan kesusahan itu

akan lenyap dengan segera.... 

    Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika ( Dr Dicks ) mengatakan :" Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu :
  • Melakukan pekerjaan yang anda sukai.Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi,maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu yang terluang.
  • Perhatikanlah kesihatan fizikal,kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan,iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan,membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
  • Harus memiliki tujuan dalam hidup,kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
  • Menjalani kehidupan apa adanya  dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
  • Hayati hidup yang sedang dijalani ; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
  • Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan .Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan  keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
  • Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
  • Biasakanlah diri anda untuk mjurah dengan senyuman,berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
  • Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan dariNya.
  • Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan...


Mutiara untuk orang yang paling Bahagia

Jalan kebahagiaan di depanmu.
Carilah ia dalam lautan ilmu,
amal soleh dan akhlak mulia.

Bersihkanlah objektif dalam setiap 
perkara,mescaya engkau akan
bahagia.

Sesungguhnya nikmat besar yang
harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan
membahagiakan hati.

Hitunglah nikmat Allah yang
dianugerahkan kepadamu sebagai
ganti dari menghitung
penderitaanmu.

Keindahan adalah keindahan budi pekerti.
Kebaikan adalah kebaikan perilaku 
dan keelokan adalah keelokan akal.

Jadilah wanita yang paling bahagia.
Dengan berbuat baik anda akan
menemukan kebahagiaan hakiki...

Hasil Karya : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni    Diterjemahkan Oleh : Muhammad Huzaifah
Buku " Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia 
& Mutiara untuk orang yang paling Bahagia..

0 comments: